fbpx

Jannik Sinner tidak sertai Paris Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jannik Sinner tidak berada pada tahap seratus peratus untuk bersang dalam Paris Masters pada minggu ini. - AFP

PARIS – Pemain No. 1 dunia , Jannik Sinner menarik diri daripada bersaing dalam kejohanan Paris Masters selepas terkena jangkitan virus.

Pemain Itali berusia 23 tahun itu baru sahaja mencuri perhatian dunia apabila menewaskan Carlos Alcaraz dalam perlawanan akhir Six Kings Slam di Arab Saudi pada 20 Oktober lalu.

Namun, tahap kesihatannya terganggu selepas kembali ke gelanggang latihan di Paris dan telah digantikan oleh pemain kelahiran Perancis, Arthur Cazaux.

“Saya sangat kecewa kerana terpaksa menarik diri. Saya datang awal ke Paris untuk membuat persediaan, tetapi kesihatan saya tidak mengizinkan.

“Virus ini mungkin akan sembuh dalam beberapa hari, tetapi badan saya belum bersedia untuk bertanding. Saya mohon maaf kepada semua peminat dan berharap dapat kembali ke Paris tahun depan untuk musim yang lebih baik,” kata Sinner dalam satu kenyataan.

Sebelum ini juara Grand Slam 24 kali, Novak Djokovic turut mengumumkan penarikan diri dari Paris Masters minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI