fbpx

Titik hijau misteri ditemui di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TITIK hijau ditemui pada batuan merah di Marikh. - Foto NASA/JPL-Caltech

WASHINGTON – Beberapa titik hijau misteri ditemui di pasir Marikh yang turut dikenali sebagai Planet Merah, lapor portal berita The Sun UK semalam.

Kenderaan penjelajah robotik, Perseverance milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang berada di Marikh selama hampir empat tahun, menemui misteri baharu itu di kawasan dikenali sebagai Serpentine Rapid.

Menurut NASA, selepas mengikis lapisan atas regolith dalam singkapan batu merah bernama Wallace Butte, kenderaan penjelajah itu menemui pelbagai warna menarik di dalam batuan tersebut.

Ia menemui warna hijau, putih dan hitam.

Salah satu kejutan terbesar bagi pasukan penjelajah itu adalah kehadiran bintik-bintik berwarna hijau kusam dalam tampalan lelasan yang terdiri daripada teras berwarna gelap dengan rim hijau muda kabur,” kata NASA.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu berkata, ia akan kekal menjadi misteri, berkemungkinan sehingga manusia mendarat di Marikh pada 2030-an. – AGENSI

 

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI