fbpx

JKNNS siasat dakwaan air perigi di Rembau sembuhkan penyakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. Harlina ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar Op Mega Bersepadu Akta 852 (Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam) di Dataran Senawang, Seremban, semalam.-

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengesahkan menjalankan siasatan berhubung penggunaan air perigi terapi ion di Ulu Sepri, Rembau yang didakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid berkata, bagaimanapun siasatan itu masih lagi di peringkat awal sebelum apa-apa kenyataan boleh dikeluarkan mengenainya.

“Siasatan yang turut melibatkan beberapa jabatan lain itu menjurus kepada pemeriksaan persekitaran dan sebagainya,” katanya di Op Mega Bersepadu Akta 852 (Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam) di Dataran Senawang di sini, semalam.

Terdahulu, tular di media sosial ketika ini berhubung penggunaan air perigi yang didakwa boleh memberi kesan kebaikan untuk mereka yang menghidapi penyakit kronik seperti strok, urat saraf dan radang saraf.

Kementerian Kesihatan menerusi aplikasi media sosial X memaklumkan mengambil perhatian serius mengenai isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI