PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda lima negeri pada pagi ini.
MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, cuaca tersebut dijangka melanda seluruh Perlis.
“Di Kedah pula melibatkan kawasan Langkawi manakala di Perak dijangka melanda Kerian, Larut, Matang, Selama dan Manjung.
“Cuaca sama juga bakal berlaku di Sarawak di Kuching, Samarahan dan Asajaya,” lapor MetMalaysia.
Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE