fbpx

‘Hipokrit’, Diana Danielle tuju untuk Farid Kamil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diana Danielle mengundang perhatian dengan memuat naik hantaran berbaur sindiran dipercayai buat suaminya, Farid Kamil.

PETALING JAYA – “Hipokrit.”

Belum sejam suaminya, Farid Kamil berjanji mahu menjernihkan kemelut rumah tangga, aktres Diana Danielle mengundang perhatian dengan memuat naik hantaran berbaur sindiran dipercayai buat aktor tersebut.

Tanpa sebarang penjelasan lanjut, Diana, 34, hanya berkongsi perkataan hipokrit sekali gus memberi bayangan ditujukan kepada hantaran yang dimuat naik Farid hari ini.

Dalam pada itu, meski sedang melalui kemelut rumah tangga, Diana dilihat masih aktif hadir ke acara berkaitan psikologi.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam Diana selepas 30 minit dimuatnaik dalam Instagram Storynya.

Hari ini, Farid menegaskan akan berusaha memulihkan pergolakan rumah tangga selepas Diana menyuarakan hasrat dan nekad untuk memfailkan perceraian terhadapnya.

Diana juga turut meminta orang ramai memberinya ruang.

Dalam masa sama, peguam yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan Diana sudah menberi arahan untuk meneruskan proses memfailkan perceraian terhadap Farid dalam tempoh terdekat.

Semalam, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Pelakon filem Imaginur itu juga enggan lagi dipujuk malah berkata janji yang ditabur Farid sebelum ini tidak tertunai.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI