fbpx

Sindiket edar syabu di Pulau Pinang tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah jenis syabu yang dirampas polis Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dan merampas 19 bungkusan dadah jenis syabu seberat 20 kilogram (kg) bernilai RM640,000 dalam operasi di sekitar Seberang Perai, di sini bermula semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam operasi sehingga hari ini itu dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 25 hingga 36 tahun diberkas.

“Pihak polis menahan seorang lelaki dan wanita di kawasan parkir kereta di Butterworth dan merampas satu beg mengandungi satu bungkusan plastik lutsinar dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat 1,036 gram.

“Pada tarikh sama, seorang lagi lelaki diberkas di sebuah rumah di Bukit Mertajam dan merampas 12 bungkusan berisi syabu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menyita sebuah kereta jenis BMW dan barangan kemas termasuk seutas rantai leher, seutas gelang tangan dan sepasang subang dengan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM705,686.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI