fbpx

Cipta solusi AI menerusi Akademi AI pertama Google

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 23 syarikat pemula dari tujuh buah negara yang bersidang di Singapura untuk Akademi AI Google bersemangat untuk belajar dan berinovasi.

SEBANYAK 23 syarikat dari seluruh rantau Asia Pasifik telah dipilih bagi menyertai Akademi AI pertama Google yang telah berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Program yang bermula dengan kem latihan interaktif selama tiga hari itu dianjurkan bagi membantu syarikat-syarikat pemula memperhalusi penyelesaian kecerdasan buatan (AI) dan memajukan pertumbuhan perniagaan mereka.

Antara negara yang terlibat ialah Malaysia dengan salah satunya diwakili oleh syarikat pemula hospitaliti, FeedMe, manakala enam negara lain iaitu Korea Selatan, Jepun, India, Indonesia, Singapura dan Pakistan.

Menerusi program ini juga, syarikat-syarikat pemula menerima lebih 170 jam bimbingan yang disesuaikan dengan keperluan syarikat daripada pakar AI dan Cloud serta peluang untuk berhubung dengan rakan inovator AI di seluruh rantau Asia Pasifik.

Mereka kemudian diberi tempoh sehingga Disember depan untuk membangunkan inovasi masing-masing sebelum Hari Graduasi di mana syarikat-syarikat pemula akan mempamerkan penyelesaian AI yang telah diperhalusi kepada para pelabur, usahawan dan pemimpin industri AI.

Menurut Ketua Pegawai Teknologi FeedMe, Lo King Wei, pihaknya sedang membangunkan platform perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) yang dikuasakan AI untuk merevolusikan kecekapan perniagaan makanan dan minuman dengan membawa operasi syarikat ke peringkat seterusnya.

“Di FeedMe, kami membantu pemilik restoran membuat keputusan yang lebih pantas dan tepat untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Dengan bimbingan daripada Akademi AI Google, kami boleh mencapai keputusan transformatif untuk penyelesaian kami,” katanya.

Tambahnya, pihaknya teruja kerana dapat menyertai Akademi AI pertama Google di Asia Pasifik.

Sementara itu, Ketua Google untuk Startups Asia Pasifik, Michael Kim, memberitahu, AI mempunyai potensi untuk menjadi pengganda kuasa yang luar biasa.

“Pihak kami sangat kagum melihat 23 syarikat pemula ini memanfaatkan potensi AI untuk memberi impak kepada beberapa cabaran yang sukar, bermula daripada menangani sektor yang kurang menerima perkhidmatan seperti memperluas akses kepada perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan kepada membina kolaborator AI untuk para peguam, mendemokrasikan pemasaran pempengaruh dengan avatar yang dijana AI.

“Melalui program ini, kami berharap untuk memupuk gelombang inovasi yang akan memberi kesan di seluruh rantau Asia-Pasifik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI