fbpx

Mayat lelaki hilang di laut dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki hilang di laut dijumpai di pantai Kampung Trombol pagi tadi.

KUCHING – Mayat seorang lelaki yang hilang di perairan Santubong sejak Ahad lalu telah dijumpai di kawasan pantai Kampung Trombol di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa telah dijumpai terdampar di kawasan pantai oleh orang kampung lebih kurang pukul 6.20 pagi.

“Dengan penemuan mayat mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hari keenam ditamatkan pada pukul 10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Samsudin Beden, 59, dipercayai telah keluar dari rumah sekitar pukul 5.50 pagi untuk menghantar bot dari Santubong ke Kampung Lundu pada Ahad lalu, namun mangsa dilaporkan tidak pernah sampai ke destinasi dan gagal dihubungi.

Orang kampung telah melakukan pencarian awal di sekitar Kuala Lundu sebelum membuat panggilan kecemasan pada pukul 9.25 malam pada hari kejadian.

Pada hari pertama operasi SAR (4 Jan), pasukan SAR telah menjumpai bot milik mangsa dalam keadaan terdampar di kawasan belakang Damai Golf Club sekitar pukul 1 petang dan objek berwarna oren dipercayai tong ikan yang hanyut berdekatan pokok nipah sekitar pukul 3.30 petang.

Turut dijumpai di sekitar kawasan pencarian adalah beg dipercayai milik mangsa.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI