fbpx

EFL: Slot akui resah bertemu Brighton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SLOT perlu merencanakan strategi terbaik menentang Brighton untuk Liverpool melayakkan diri. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Arne Slot tidak dapat menyembunyikan kerisauannya apabila dijadualkan menentang Brighton pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris, awal pagi esok.

Walaupun dianggap lulus sepanjang perlawanan awal musim kali ini, Slot mempunyai sebab tersendiri dengan kebimbangannya untuk memburu trofi sulungnya dalam saingan bola sepak di England.

“Sekali lagi kami memperoleh undian sukar, namun saya fikir semua pasukan yang masih bersaing adalah pasukan yang kuat. Anda juga tahu untuk memenangi piala, kami kena menentang lawan yang sukar.

“Saya lebih gemar bermain di tempat sendiri kerana jadual kami pun sudah cukup padat, jadi apabila banyak perlawanan adalah lebih baik kami tidak berkunjung ke tempat lawan. Brighton adalah pasukan berkualiti dan merekalah yang kami akan hadapi,” katanya.

Sebelum ini Jurgen Klopp hampir memenangi piala ini pada percubaan sulungnya di Liverpool, namun tewas kepada Manchester City.

Klopp terpaksa menanti sehingga enam tahun untuk menjulang tofi ini sebelum mengulanginya pada musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI