fbpx

Kemenangan penuh kontroversi Rodri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRI dipilih untuk merangkul Ballon d’Or musim ini selepas kejayaan membantu City merangkul gelaran EPL musim lalu dan Euro 2024. - AFP

PARIS – Bintang Manchester City, Rodri muncul pemain dari Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama selepas 16 tahun diangkat sebagai pemenang anugerah utama Ballon d’Or 2024 yang dilangsungkan penuh kontroversi.

Kali terakhir pemain dari EPL memenangi anugerah ini adalah Cristiano Ronaldo pada 2008 semasa kapten Portugal itu masih lagi menyarung jersi Manchester United.

Selain itu, Rodri yang kini dihimpit kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) juga adalah pemain di posisi tengah bertahan pertama yang memenangi anugerah ini selepas Luis Suarez melakukannya pada 1960.

“Saya perlu berterima kasih kepada ramai orang, pertamanya adalah kepada Persekutuan Bola Sepak perancis dan UEFA kerana memberikan anugerah ini kepada saya. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang mengundi dan letakkan keyakinan kepada saya.

“Ini adalah hari istimewa buat saya, keluarga dan juga negara saya. Semua mereka mengajar saya untuk melangkah ke arah tepat dan membantu saya jadi individu seperti sekarang.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan dan Manchester City adalah begitu istimewa buat saya. Saya tidak akan dapat meraih semua ini tanpanya.

“Bagi saya Man. City adalah kelab terbaik dunia dan mereka menjadikan semua benda berlaku dengan mudah,” katanya.

Rodri mengetepikan trio Real Madrid, Vinicius Junior, Dani Carvajal dan Jude Bellingham bagi melengkapkan empat kedudukan teratas dan keputusan itu mencetuskan protes daripada Los Blancos yang mengambil keputusan tidak menghadiri majlis berkenaan.

Untuk rekod, Rodri memainkan peranan besar kepada Manchester City dan kali terakhir bintang dari Sepanyol itu berdepan kekalahan ketika tunduk 0-1 kepada Tottenham Hotspur pada Februari tahun lalu.

“Saya juga perlu nyatakan tentang pasukan kebangsaan dan jurulatih, Luis De La Fuente kerana yakin dengan saya sejak sekian lama. Begitu juga dengan rakan sepasukan di Sepanyol hingga kami menang Euro. Ini bukan soal saya tetapi ia lebih kepada bola sepak Sepanyol,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI