fbpx

Peningkatan paras air Tasik Banding terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN di Hentian Royal Belum di Gerik yang dinaiki air limpahan Tasik Banding.

GERIK – Paras air di Tasik Banding berada pada tahap terkawal meskipun berlaku limpahan air di kawasan Hentian Royal Belum di sini seperti yang tular di media sosial.

Gambar tular yang menunjukkan kawasan tempat letak kereta di hentian yang terletak bersebelahan tasik itu dinaiki air dengan beberapa buah kenderaan tenggelam di bahagian tayar, menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Bagaimanapun difahamkan, limpahan air sejak kelmarin itu tidak menjejaskan orang ramai dan operasi Rumah Bot Tasik Banding.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pemantauan yang dilakukan pihaknya mendapati keadaan air di hentian tersebut berada pada tahap selamat.

Namun katanya, orang ramai terutama penduduk setempat tetap diingatkan agar berhati-hati bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga.

“Saya telah meninjau Kampung Luat di Lenggong dan penempatan penduduk berhampiran kawasan itu. Didapati rumah mereka berada di kawasan tinggi daripada sungai.

“Bagaimanapun, kita minta mereka berhati-hati. Jika ada apa-apa berkaitan keadaan di luar jangka, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan maklumkan segera kepada polis,” katanya di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI