fbpx

Sarawak tidak akan bantu negeri miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari

KUCHING – Kerajaan Sarawak tidak akan membantu negeri-negeri yang miskin kerana ia bukan di bawah tanggungjawabnya, sebaliknya keutamaan adalah untuk membantu rakyatnya terutama di luar bandar.

Menegaskan demikian, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, masih banyak kawasan luar bandar yang perlu dibangunkan, bukan sahaja dari segi kemudahan asas tetapi termasuk juga sekolah serta banyak lagi.

“Negeri sahaja berpendapatan tinggi tapi pendapatan isi rumah masih rendah, sebab itu saya membangunkan kawasan luar bandar.

“Pepatah mengatakan kebajikan bermula di rumah sendiri, sebab itu saya buat bekalan elektrik, air dan bina jambatan. Kalau dahulu rumah panjang menggunakan diesel (untuk elektrik), sekarang mereka sudah menggunakan solar… semua ini memerlukan duit dan kita sedang kerja keras.

“Belum lagi sekolah banyak daif, dan Sarawak terpaksa menggunakan duit sendiri terlebih dahulu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Wawasan Kelestarian Sarawak 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Sarawak yang kini mencapai status berpendapatan tinggi, seharusnya membantu negeri yang mundur untuk membangun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI