fbpx

Punca gegaran, bunyi letupan di Ipoh kekal misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kanan) memakaikan pangkat kepada Mohd. Yusoff pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Gegaran dan bunyi letupan kuat yang mengejutkan penduduk di Ipoh, Perak pada Isnin lalu masih kekal misteri apabila punca sebenar kejadian masih belum dapat kenal pasti.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, buat masa ini, pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar kejadian itu

“Kenyataan rasmi sudah dikeluarkan sebelum ini, namun perkara itu masih kekal misteri,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Terdahulu, Ayob Khan menyaksikan serah terima tu­gas antara Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby kepada Datuk Mohd. Yusoff Mamat yang dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, gegaran kuat diikuti bunyi dentuman yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di Ipoh dan kawasan berdekatan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi di Indonesia.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia mendapati tiada aktiviti seismik dikesan di Ipoh meskipun terdapat kejadian gempa bumi di Halmahera, Indonesia pada pukul 11.24 pagi hari sama.-  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI