fbpx

Lima negeri dilanda hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri petang ini.

Negeri berkenaan adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 2 petang itu melibatkan seluruh kawasan di Pulau Pinang.

Selain itu, di Kedah turut berdepan cuaca buruk pada petang ini di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Johor pula melibatkan Kluang, Pontian dan Kulai.

“Cuaca buruk juga melanda Mukah (Mukah), Bintulu dan Miri (Subis) di Sarawak,” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI