fbpx

Sallehuddin ditemui selamat, bekerja tukang cuci kereta di Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SALLEHUDDIN selamat pulang ke pangkuan keluarganya di Pontian, semalam.

PONTIAN – Seorang remaja yang menghilangkan diri selama 10 hari, selamat kembali ke pangkuan keluarganya di Kampung Parit Bachok ‘A’, Benut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Muhammad Shofee Tayib berkata, remaja tersebut, Muhammad Sallehuddin Abdullah, 17, pulang ke rumahnya pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

Katanya, hasil soal siasatan yang dijalankan, Muhammad Sallehuddin sebagai Orang Hilang (OH) telah pergi ke Johor Bahru dengan menaiki bas berjumpa dengan teman wanitanya untuk bercuti dua hari ini.

Menurut beliau, kemudiannya OH ini telah bekerja sebagai pencuci kereta di Pasir Gudang selama seminggu dengan majikan yang dikenali sebagai ‘Aiman’

“Pada 28 Oktober (semalam) majikan ‘Aiman’ telah perasan suntingan OH (Muhammad Sallehuddin) di Tik Tok dan telah menghantar OH ke Terminal Pengangkutan Awam Larkin untuk balik ke Pontian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang ibu tunggal risau apabila anak sulungnya, Muhammad Sallehuddin tidak pulang ke rumah pada 18 Oktober selepas membeli barangan di Bandar Benut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI