PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri tengah hari ini.
Negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga 12 tengah hari itu turut melibatkan seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka.
Selain itu, di Perak juga berdepan cuaca buruk pada tengah hari ini di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Kelantan pula melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.
“Bagi Negeri Sembilan, amaran hujan lebat hanya diberikan di Port Dickson.
“Cuaca buruk juga melanda Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri) di Sarawak,” katanya. -KOSMO! ONLINE