fbpx

Peminat bola sepak Brazil dibakar penyokong lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berpuluh-puluh orang membaling bunga api ke arah bas. - Sportbible

BRASILIA – Pihak berkuasa Brazil mengesahkan bahawa seorang peminat  Cruzeiro terbunuh dalam serangan hendap tepi jalan oleh penyokong pasukan lawan di negeri Sao Paulo pagi semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 penyokong bola sepak cedera.

Sekumpulan peminat Cruzeiro sedang dalam perjalanan pulang ke  Belo Horizonte dengan menaiki bas selepas pasukan mereka tewas 3-0 di Athletico Paranaense apabila kumpulan penyokong lawan menyerang hendap di lebuh raya Fernao Dias,  dekat Mairipora.

Sekretariat keselamatan awam Sao Paulo berkata, serangan itu dilakukan oleh penyokong ekstrem pasukan Palmeiras.

Menurutnya, berpuluh-puluh orang membaling bunga api ke arah bas berkenaan, manakala bom buatan sendiri dan paku diletakkan di atas jalan, bagi memastikan tayar bas bocor.

Akhbar Brazil, Nexo Journal mendakwa bahawa seorang mangsa meninggal dunia selepas terbakar hidup-hidup di dalam bas terbabit.

Penumpang lain mengalami trauma selepas dipukul di kepala menggunakan batang besi.

Stesen televisyen Brazil menunjukkan sebilangan penyokong Cruzeiro terbaring di kaki lima jalan selepas penyokong Palmeiras membelasah mereka dengan menggunakan kayu dan objek lain.

Menurut polis, kejadian itu berlaku sekitar pukul 5.20 pagi (waktu tempatan). – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI