fbpx

Warga Myanmar ditahan isi minyak masak peket dalam tong IBC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
egan (kanan) meneliti minyak masak paket bersubsidi yang dirampas di setor haram di Permatang Pauh, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Tindakan tiga warga Myanmar mengisi minyak masak peket ke dalam tong IBC sebelum dijual kepada pelanggan membawa padah setelah setor di Permatang Pauh di sini diserbu pihak berkuasa, hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, risikan telah dijalankan kira-kira sebulan lalu sebelum serbuan dibuat pada pukul 12.11 tengah hari tadi.

Menurutnya, minyak masak peket satu kilogram bersubsidi sebanyak 2,000 kilogram (kg) bernilai RM5,000 ditemui di dalam setor terbabit dan daripada jumlah itu, 720 kg telah dimasukkan ke dalam tangki IBC.

“Berdasarkan siasatan awal, modus operandi yang digunakan mereka adalah membeli minyak masak peket bersubsidi daripada peruncit dan pemborong dan mengumpulkannya di setor terbabit.

“Selepas minyak itu diisi ke dalam tangki IBC, kita jangka mereka akan segera menjualnya kepada pihak ‘big level’ meliputi perniagaan berskala besar antaranya restoran berhampiran dan tak mustahil untuk kegunaan industri juga.

“Oleh itu, kesemua minyak masak bersubsidi terbabit telah dirampas manakala dua wanita dan seorang lelaki yang masing-masing berusia lingkungan 30-an ditahan untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mengesyaki setor haram terbabit telah beroperasi sejak tiga bulan lalu namun berdasarkan temu bual, ketiga-tiga warga asing terbabit mendakwa baharu sehari bekerja di situ. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI