fbpx

956 kes Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan hingga hujung Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LILIS SASLINDA PORNOMO membuat pemeriksaan keatas barang-barang yang diletakkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Pasaraya KS Mart, Kluang hari ini.

KLUANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah berjaya membuka 956 kes mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sepanjang tahun berakhir hari ini.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, jumlah itu terhasil melalui pemeriksaan ke atas 68,989 premis melibatkan pengilang, pemborong dan peruncit.

Katanya, daripada 956 kes itu, nilai rampasan berjaya diperoleh adalah sebanyak RM29, 249,277.33 selain kutipan jumlah denda mahkamah menghasilkan RM632, 727.90, manakala jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM392,800.

“Antara tindakan kes paling banyak adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Kawalan Bekalab (AKB) 1961, manakala kesalahan lain adalah melibatkan Akta Timbang Sukat (ATS), 1972 dan Akta Cap Dagang (ACD) 2019,” katanya selepas pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Pasaraya KS Mart di sini hari ini. – KOSM! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI