fbpx

2.1 juta kenderaan ‘atas jalan’ sehari sempena cuti Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahrul Hakim (dua kanan) meninjau Pusat Pemantauan Trafik PLUS sempena perayaan Deepavali di Menara Korporat Persada PLUS Subang, hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/KOSMO!

PETALING JAYA – Rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (Plus) dijangka mengalami peningkatan trafik membabitkan 2.1 juta kenderaan sehari sempena cuti perayaan Deepavali, Khamis ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Zahrul Hakim Abdullah, berkata, keadaan itu jangka berlangsung selama empat hari, bermula esok.

“Kesesakan dijangka meningkat sebanyak 13.5 peratus iaitu 2.1 juta trafik membabitkan waktu puncak berbanding 1.85 juta pada hari-hari biasa,” katanya selepas membuat tinjauan Pusat Pemantauan Trafik (TMC) Plus menghadapi peningkatan trafik sempena perayaan Deepavali, di sini hari ini.

Tambahnya, Plus juga akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 21 lokasi tumpuan dan kritikal di lebuh raya terlibat bermula 30 sehingga 4 November ini bagi melancarkan pergerakan trafik.

“Ia merupakan tambahan dari lokasi yang telah dilaksanakan sebelum ini. Tempoh masa pengaktifan bergantung kepada lokasi, ada yang diaktifkan sehingga 7 petang, manakala sebahagiannya 10 malam.

“Ia boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang dengan mengenal pasti pengaktifannya di lorong kecemasan menerusi papan tanda peringatan serta lampu hijau berkelip di lokasi,” ujarnya.

Sementara itu, Plus menerusi taklimatnya memberitahu, pihaknya akan memastikan tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan di rangkaian lebuh raya kendaliannya sehingga 4 November ini.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan jika berlaku kemalangan, kerja-kerja kecemasan atau pembaikan kritikal yang berisiko kepada keselamatan pengguna lebuh raya yang perlu diselenggarakan segera. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI