fbpx

Nenek curi baju, sorok celah peha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan warga emas itu mencuri beberapa helai baju. - Instagram

JAKARTA – Dua warga emas mengundang perhatian orang ramai kerana melakukan aktiviti mencuri di sebuah premis perniagaan di Tapanuli Tengah, wilayah Sumatera Utara, lapor laman berita Gema Sulawesi semalam. 

Kejadian itu dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @memomedsos.

Menerusi rakaman berkenaan, dua wanita ‘berjubah’ itu memasuki sebuah kedai sebelum berpura-pura memilih baju. 

Tidak lama kemudian, seorang wanita itu mengambil beberapa helai baju dan menyembunyikannya di celah peha.

Mereka pantas meninggalkan premis itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 60,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Warga emas yang ‘mengangkang’, saya yang nak muntah,” sindir seorang netizen. 

“Pakaian sudah menutupi aurat, tetapi miskin agama,” sindir netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI