fbpx

KPDN perluas program ‘Kita Gempur’ banteras aktiviti penyeludupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARMIZAN

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan program Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (Kita Gempur ke seluruh negara.

Menterinya, Daruk Armizan Mohd. Ali berkata, perkara itu akan dilaksanakan dengan mendapatkan komitmen semua pemegang Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kata Armizan, ia termasuk semua syarikat transporter yang dilantik sebagai pelaksana Program Pengedaran Barang Perlu.

“Penglibatan syarikat transporter dalam gerakan massa ini penting untuk memastikan pergerakan bekalan barang kawalan dan bersubsidi daripada point of source (POS) pemborong dan syarikat ke point of sale (POS).

“Inisiatif ini dapat mengurangkan ketirisan barang kawalan bersubsidi seterusnya memastikan dana awam yang disalurkan melalui subsidi kerajaan akan sampai kepada golongan sasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Armizan berkata, syarikat transporter juga bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan mengangkut tujuh barangan kawalan dan bersubsidi iaitu beras, gula, tepung gandum, minyak masak, Liquified Petroleum Gas (LPG), petrol RON95, dan diesel.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 99 wakil rakan strategik KPDN sekitar daerah Tawau, Sabah telah memberikan komitmen melalui surat aku janji untuk terlibat dalam inisiatif berkenaan.

“Ia terdiri daripada 30 transporter, 29 pengusaha stesen minyak, tujuh syarikat pembungkus minyak masak, 12 wakil pengguna setempat dan 21 pemborong dan peruncit utama,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk terus menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat melibatkan sebarang bentuk aktiviti penyelewengan dan penyeludupan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI