fbpx

‘Kalau dah tular, peniaga ubah harga, susah KPDN nak ambil tindakan’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jegan (kanan) meneliti produk yang dikawal di pasar raya di Seberang Jaya, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang memberi amaran tegas kepada semua peniaga supaya tidak menaikkan harga barang kawalan sesuka hati sempena musim perayaan Deepavali.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Dari 1 Januari sehingga 27 Oktober, sebanyak 2,051 aduan telah diterima membabitkan 908 aduan berhubung harga barangan dan perkhidmatan, manakala 158 aduan lagi melibatkan bekalan barang kawalan dan selebihnya 986 aduan lain-lain.

“Dalam tempoh sama, kita telah membuat pemeriksaan sebanyak 44,080 premis dan telah mengambil tindakan terhadap 557 kes merangkumi pelbagai kesalahan dengan jumlah sitaan RM1,963,081.75 dan jumlah kompaun RM250,250,” katanya selepas mengadakan Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 peringkat negeri di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan pembeli supaya memaklumkan sebarang aduan menerusi pelbagai platform yang disediakan antaranya WhatsApp, Portal e-Aduan dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI