fbpx

Ligue 1: PSG lunas keinginan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG berjaya menjarakkan kedudukan sebagai pendahulu Ligue 1 apabila mencatat kemenangan menentang Marseille awal pagi semalam. - AFP

MARSEILLE – Paris Saint-Germain (PSG) mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Ligue 1 selepas mudah membenam cabaran Olympique Marseille menerusi kemenangan 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stade Velodrome awal pagi semalam.

Tiga gol menerusi jaringan Joao Neves, Bradley Barcola dan gol sendiri Leonardo Balerdi memastikan PSG terus menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, AS Monaco menerusi perbezaan tiga mata.

Jurulatih PSG, Luis Enrique nyata berpuas hati dengan kemenangan itu selain menganggap pemain-pemainnya sudah menampilkan aksi terbaik, sama seperti yang dimahukan penyokong-penyokong pasukan itu.

“Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan ini kerana kami berjaya menepati apa yang dimahukan oleh penyokong. Pemain-pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi sejak awal permainan.

“Bermain jauh dari laman sendiri bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan keinginan tinggi daripada semua pemain. Kemenangan ini sangat istimewa kerana Marseille merupakan musuh tradisi PSG,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah PSG, Vitinha mengakui, kad merah yang dilayangkan kepada pemain Marseille, Amine Harit turut memberi kelebihan kepada PSG untuk mendominasi perlawanan.

“Memang benar kad merah itu mengubah rentak perlawanan, namun kami memang bermain baik sejak awal lagi. Saya lega kerana kami berjaya dapatkan kemenangan, lebih-lebih lagi bertemu musuh tradisi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI