fbpx

EPL: Pemain Chelsea tak kenal Zola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMER meledak gol kemenangan Chelsea ketika mereka mencatat kemenangan ke atas Newcastle kelmarin. - AFP

LONDON – Penyerang Chelsea, Cole Palmer yang muncul wira pasukan ketika menewaskan Newcastle United 2-1 kelmarin enggan dirinya dibandingkan dengan bekas bintang The Blues, Gianfranco Zola.

Palmer menjelaskan dia sedar kualiti pada Zola, namun hanya mengenali pemain dari Itali itu menerusi permainan video.

“Saya hanya mengenalinya menerusi ikon pada permainan video, jadi dia mesti seorang pemain yang bagus. Sejujurnya saya tidak melihat permainannya. Semua orang mengatakan dia adalah pemain hebat,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Alexander Isak menafikan kelebihan The Blues yang memperoleh gol pembukaan daripada Nicolas Jackson sebelum Palmer meledak jaringan kedua buat Chelsea di awal babak kedua.

Sementara itu, Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menjelaskan beliau cukup faham apabila wujud perbandingan Palmer dan Zola.

“Dari segi kualiti kedua-duanya hampir sama. Pada akhirnya alasan sebenar orang datang ke stadium adalah untuk menyaksikan pemain hebat sepertinya,” kata Maresca.

Beliau juga turut memuji aksi dipamerkan ketua pasukannya, Recce James yang berjaya membuat beberapa keputusan penting dalam perlawanan itu selepas kembali diturunkan ekoran kecederaan panjang dihadapinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI