fbpx

[VIDEO] Terperangkap dalam bank lepas keluar duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dimuat naik dalam platform X.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam sebuah bank selepas pintu ‘roller shutter’ tertutup secara automatik sebaik sahaja dia selesai mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM).

Menerusi sebuah hantaran di platform X, lelaki itu kelihatan menoleh kebelakang untuk keluar dari premis berkenaan selepas selesai mengeluarkan wang, namun riak wajahnya bertukar bingung selepas dia melihat pintu itu sedang turun dengan perlahan.

Cemas dengan situasi itu, dia memandang ke arah rakannya yang sedang merakam kejadian itu untuk meminta bantuan kerana pintu itu sudah hampir tertutup sepenuhnya. Beberapa saat kemudian, lelaki itu dilihat menelefon seseorang.

Sementara itu, hantaran ini meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata merasakan kejadian yang menimpa lelaki terbabit menghiburkan hati mereka dan mengusik lelaki itu di ruangan komentar.

“Kau cash-in lah balik duit tu, nanti pintu pun akan terbuka balik,” ujar Saiful.

“Dah pukul 10 malam, tutup sampai esok 7.30 pagi baru pintu buka. Kena tidur dalam bank,” usik Aiman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI