fbpx

Lelaki hilang ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemukan terapung selepas terjatuh dari tongkang di Sungai Ngigu, Bintulu.

BINTULU – Lelaki yang jatuh dari tongkang di Sungai Ngigu, di sini ditemukan terapung pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa dijumpai oleh anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 10 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai pada jarak 300 meter dari lokasinya terjatuh dan telah dibawa ke darat untuk sesi pengecaman dengan pihak polis,” katanya.

Beliau berkata mayat Ilron Dennis, 21, kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang pada pukul 7.43 malam Sabtu lalu, selepas terjatuh dari tongkang berhampiran jeti Shin Yang.

Saksi kejadian memaklumkan terdengar suara mangsa menjerit meminta tolong dan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana mangsa telah tenggelam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI