fbpx

Peek-A-Zoo berlangsung secara maya 16 Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Program tanggungjawab sosial ‘Peek-A-Zoo’ kendalian pelajar tahun akhir iCEPS Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan berlangsung secara maya pada 16 Januari ini menerusi akaun Facebook Peek-A-Zoo.

Ketua projeknya, Hafiz Itam berkata, program itu dilihat menjadi platform terbaik meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan haiwan khususnya ketika negara berdepan Covid-19.

“Program ini memberi fokus untuk membantu Zoo tempatan yang terjejas akibat Covid-19 sehingga mereka kekurangan bekalan makanan haiwan susulan bajet kurang mencukupi.

“Diharapkan usaha murni ‘Peek-A-Zoo’ dapat membantu mereka untuk terus bernafas sekali gus memberi keselesaan maksimum kepada haiwan di sana,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Hafiz, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program itu berlangsung antaranya swafoto bersama haiwan kesayangan, pertandingan reka bentuk mural, kuiz online dan bual bicara bersama Jabatan Veterinar.

“Kami berharap program ini dapat membuka mata orang ramai khususnya pihak swasta dan badan bukan kerajaan untuk tampil menghulurkan sumbangan” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI