fbpx

Rindu anak punca lelaki Nepal cuba culik kanak-kanak 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditangkap penduduk kampung sebelum diserahkan pada polis Selasa lalu.

PETALING JAYA – Motif seorang lelaki warga Nepal cuba menculik seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Bunga Raya, Rawang Selasa lalu adalah kerana tekanan perasaan serta rindukan dua anaknya.

Memaklumkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Mohd Nor berkata, suspek kali terakhir berjumpa dua anaknya serta isteri di Nepal pada Aildifitri tahun lalu.

“Motif setakat ini adalah kerana suspek rindukan dua orang anaknya yang lebih kurang sebaya dengan anak pengadu.

“Akibat terlalu rindu juga, suspek mula berkelakuan tidak siuman. Kali terakhir balik ke Nepal untuk berjumpa anak dan isteri pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Hafiz berkata, suspek juga telah dirujuk ke unit psikiatrik Hospital Sungai Buloh dan pihaknya menunggu keputusan perubatan.

Pada masa sama katanya, pihak polis juga akan menyemak semula pergerakan keluar masuk suspek ke negara ini serta pas lawatan kerja sementara suspek dengan Jabatan Imigresen.

Terdahulu Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris diculik seorang lelaki warga Nepal ketika berada di rumahnya di Kampung Bunga Raya, Rawang.

Bagaimanapun tindakan lelaki terbabit terbantut apabila seorang wanita tempatan, 47, yang juga jiran mangsa bergegas ke rumah itu sebaik sahaja mendengar jeritan meminta pertolongan pada pukul 12.40 tengah hari.

Ketika kejadian, kanak-kanak lelaki itu berada di ruang tamu sebelum didatangi suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai tukang cuci. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI