fbpx

Pengurusan Empangan Mengkuang diserah kepada PBAPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kanan) dan Jaseni (depan dua dari kanan) meninjau Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Kerajaan Negeri masih menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan berhubung dua fasa Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) di Bukit Mertajam di sini yang masih tertangguh sehingga kini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan terbahagi kepada empat fasa membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM1.2 bilion.

Katanya, Fasa 2B melibatkan pemasangan saluran paip air mentah sepanjang tujuh kilometer berdiameter 1.6 meter dari Rumah Pam Mak Sulong, Bukit Mertajam ke Terusan Sungai Dua, Butterworth yang dijangka dapat meningkatkan kapasiti pelepasan air mentah daripada 300 juta liter kepada 600 juta liter sehari.

“Setakat ini, Fasa 2B masih dalam peringkat pengambilan tanah. Fasa 2C pula membabitkan pembinaan Rumah Pam Lahar Yooi (di Tasek Gelugor) dan pengoperasiannya akan membolehkan pengepaman tambahan 440 juta liter sehari dari sumber air mentah kedua iaitu Sungai Muda ke empangan.

“Kita masih menunggu pelaksanaan kedua-dua fasa berkaitan yang amat diperlukan bagi memastikan projek sinpanan strategik kemarau ini dapat berfungsi semaksimum mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mewakili Kerajaan Negeri menyerahkan pengurusan Empangan Mengkuang oleh Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sempena pembukaan rasmi empangan berkenaan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI