fbpx

[VIDEO] ‘Saya sedih dengar dia nak tutup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri perhatian ramai apabila baginda  secara bersahaja memborong Tupperware di sebuah booth, mempamerkan sisi bersahaja sebagai seorang permaisuri.

Menerusi sebuah hantaran Nor Qaseh Azrul di TikTok, baginda tertarik apabila melihat Qaseh memegang beberapa bekas Tupperware dan bertanya, “Kata Tupperware dah tutup?”

Setelah Qaseh menjelaskan bahawa dia masih menjual barangan itu, baginda terus menuju ke booth untuk melihat sendiri stok Tupperware yang ada.

Dalam video tersebut, kelihatan baginda memilih pelbagai barangan termasuk botol air dan bekas makanan, sambil menyatakan betapa baginda menyukai jenama itu dan meluahkan rasa sedih apabila mendengar ia bakal ditutup.

Baginda malah tidak segan menjenguk ke bawah meja untuk memeriksa jika ada stok tambahan yang tersimpan.

Kehadiran dan minat Tunku Azizah terhadap Tupperware nyata mengundang keterujaan Qaseh, yang tidak menyangka seorang permaisuri akan singgah ke booth miliknya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang turut memuji sikap rendah hati dan bersahaja Tengku Ampuan Pahang.

“Tak kira apa pangkat dan darjat, kalau dah mak mak namanya, memang suka tupperware. Lagenda kan?,” kata Laila.

“Siap selak bawah meja tu, betul-betul sporting,” komen Nim.

“Comelnya tengok bawah meja,” tulis Myra Rahman. – KOSMO! ONLINE

@norqasehazrul Rupanya Tuanku Ampuan Azizah juga sangat sukakan Tupperware! Tiba-tiba, booth kami menjadi tumpuan ramai semalam apabila Tuanku sudi mencemar duli bershopping sakan di booth kami. Berdebor, ketor, bagaikan hilang kata-kata. Risau tersalah cakap, atau terlanggar adab dan sebagainya. Maklumlah kali pertama dapat pengalaman yang amat mengujakan ni. Memang Tuanku sangat sporting. Sangat berjiwa rakyat. Peramah dan paling saya kagum, sikap penyayangnya pada semua. Alhamdulillah. Semoga Tuanku kesayangan ramai ini, sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Aamiin.. #fyp #fypシ #tunkuampuanazizah #tuankupermaisuripahang #majliskeraianrakyatpahang #highlight #follower #doorgift #hamper #tupperwaretemerloh #tupperwarekuantan #tupperwarepahang #komunititupperware ♬ original sound – Nor Qaseh Azrul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI