fbpx

Hujan lebat di lima negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal di lima negeri pagi ini.

Negeri berkenaan ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 11 pagi itu melibatkan seluruh daerah di Perlis.

“Bagi negeri Kedah pula, amaran diberikan di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk turut diramalkan membadai Klang dan Kuala Langat di Selangor, manakala di Johor tertumpu kepada kawasan Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI