fbpx

Liga Super: JDT terlalu hebat buat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELINCAHAN Bergson Da Silva (kiri) berjaya mencetuskan masalah buat benteng pertahanan Selangor FC dan turut menghasilkan dua gol bagi memastikan kemenangan 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ, sebentar tadi. - AMIR KHALID

PETALING JAYA – Hasrat Selangor untuk melunaskan dendam terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak kesampaian apabila tunduk 0-3 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Tidak hanya membiarkan Harimau Selatan menambah pungutan mata bagi menjarakkan diri di puncak Liga Super, keputusan itu juga menyaksikan rekod kebal Red Giants di venue berkenaan dalam 11 perlawanan musim ini turut lebur.

Ketika aksi di babak pertama lebih condong kepada JDT, 10,215 penyokong yang hadir ke stadium disajikan permainan lebih berkualiti di separuh masa kedua dimana Selangor FC mula ghairah untuk memburu jaringan.

Terdahulu, bintang import Selangor, Ali Olwan terlebih dulu membuka cerita menarik perlawanan ini apabila berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan namun sepakan yang dilakukannya berjaya ditepis oleh penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Bagaimanapun peluang awal dicipta Red Giants itu mula ‘menghidupkan’ tempo permainan JDT yang mula mendominasi permainan sehingga minit ke-30, menyaksikan Romel Morales membuka jaringan buat pelawat.

Pendekatan JDT yang memberikan tekanan awal nyata menghadirkan masalah buat Selangor FC dan minit ke-44 Harimau Selatan makin selesa apabila memperoleh gol kedua menerusi Bergson Da Silva.

Keputusan Nidzam Jamil memasukkan Alvin Fortes dan Safuwan Baharudin menghadirkan perubahan kepada corak permainan Selangor namun JDT nyata terlalu unggul untuk menambah jaringan pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bergson.

Disebalik corak permainan positif yang dijelmakan tuan rumah, ia seakan belum cukup sekaligus membolehkan JDT mencatatkan kemenangan bersih ke atas Selangor musim ini termasuk ketika final Piala FA, Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI