fbpx

Lori bawa 18,700 peket minyak masak terbabas di pangkalan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori yang membawa sebanyak 18,700 peket minyak masak subsidi yang ditinggalkan di kawasan pangkalan haram Ayam, Kampung Terusan, Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Sekumpulan penyeludup cabut lari meninggalkan sebuah lori yang membawa sebanyak 18,700 peket minyak masak subsidi bernilai RM46,750 selepas kenderaan itu terbabas di kawasan pangkalan haram Ayam, Kampung Terusan di sini hari ini.

Lori jenis Nissan itu dijumpai sudah ditinggalkan di kawasan tersebut kira-kira pukul 4 petang semasa anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota PGA menyerbu pangkalan haram itu selepas menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan minyak masak di kawasan tersebut.

Menurutnya, anggota bertugas yang tiba di lokasi itu mendapati sebuah lori sudah terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu.

“Pemeriksaan mendapati, ratusan kotak mengandungi sebanyak 18,700 peket minyak masak tanpa dokumen yang sah berada di dalam lori tersebut.

“Siasatan mendapati, kesemua bahan mentah yang bernilai RM46,750 itu dipercayai akan diseludup ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, lori yang ditinggalkan oleh suspek di pangkalan haram itu dianggarkan bernilai RM160,000.

“Lori dan kesemua minyak masak itu dibawa ke Balai Polis Jelawat, Bachok dekat sini untuk tindakan lanjut.

“PGA akan terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara,” ujarya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI