fbpx

Kilang barang kitar semula di Pengkalan Chepa hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kilang barangan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu yang terbakar hari ini.

KOTA BHARU – Sebuah kilang barangan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Pengkalan Chepa, Mohd. Samsudin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.02 petang tadi sebelum seramai 22 orang anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, api dilihat sedang marak membakar kilang tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kebakaran itu menyebabkan 80 peratus kilang tersebut terbakar dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Samsudin memberitahu, operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba Pengkalan Chepa dibantu Balai Pasir Tumboh dan Kota Bharu.

Katanya, punca kebakaran dan kerugian yang dialami pemilik kilang itu masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI