fbpx

Kerjasama BN, PH untuk PRN Sabah muktamad – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap pada sidang akhbar di Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 sudah muktamad, tetapi masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan pihak lain.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, memberitahu pihaknya tidak lagi menggunakan pendekatan lama yang tidak membuka ruang untuk berunding dengan pihak lain tetapi sentiasa bersikap terbuka menjalin kerjasama politik.

“Memang bahawa persetujuan antara BN dengan PH itu adalah asas kepada kerjasama untuk menghadapi PRN Sabah.

“Untuk BN dan PH telah muktamad tetapi untuk parti-parti lain akan diadakan rundingan secara terperinci apabila tiba masanya,” katanya dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Santunan Kasih Deepavali 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Presiden UMNO itu diminta mengulas kenyataan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, semalam, bahawa terdapat persefahaman dan persetujuan di peringkat Pusat untuk menterjemahkan kerjasama antara gabungan dua parti itu bagi menghadapi PRN Sabah.

Kali terakhir PRN Sabah ialah pada 26 September 2020 dan DUN Sabah yang mempunyai 73 kerusi dijangka dibubarkan menjelang September tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI