fbpx

PATI diusir sebaik ceroboh Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI Indonesia yang ditahan ketika cuba masuk ke negeri ini melalui jalan tikus di sempadan pada hari ini.

KUCHING – Cubaan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia masuk ke negeri ini melalui jalan tikus gagal apabila ditahan sebelum diusir oleh pasukan tentera darat hari ini.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen menerusi satu kenyataan, berkata, kesemua PATI berusia 24 hingga 43 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNIAD).

Kenyataan itu berkata, seorang lelaki ditahan pada pukul 7.45 pagi tadi manakala lapan orang lagi, iaitu lima lelaki dan tiga wanita ditahan pada pukul 12.45 tengah hari.

“Tangkapan dibuat di Sektor Pos GABMA Biawak berdekatan lorong tikus iaitu jarak lebih kurang 350 dan 245 meter dari sempadan Indonesia.

“Kesemua PATI kemudian dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran,” katanya.

Pemeriksaan terhadap kesemua PATI itu menemui pelbagai barangan termasuk wang yang keseluruhannya bernilai RM6,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI