fbpx

‘Tengok ramai artis, rasa sedih, takut menyakat minda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELIHAT ramai artis yang berhadapan dengan kegagalan rumah tangga turut menyebabkan Azhar berasa khuatir.

PETALING JAYA – Berita perceraian selebriti popular tanah air sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan di hati pelakon Azhar Sulaiman memikirkan nasib perkahwinannya bersama isteri, Chempaka Emalin Pahamin yang dinikahi sejak 29 tahun lalu.

Azhar, 53, meluahkan kebimbangan apabila melihat ramai artis tempatan yang memilih untuk mengakhiri perkahwinan mereka pada tahun ini.

“Tahun 2024 adalah tahun yang buruk kepada ramai pasangan selebriti yang telah berpisah.

“Rasa sedih dan takut mula menyakat minda Behar (nama gelarannya),” katanya dalam Instagram.

Menerusi perkongsian sama, pelakon filem Jimi Asmara itu turut memuat naik video yang menunjukkan beberapa foto dirinya bersama ahli keluarga.

Azhar juga menggunakan lagu Takut nyanyian Yonnyboii dan Caprice sebagai muzik latar video.

Susulan perkongsiannya itu, rata-rata netizen menasihati Azhar agar tidak berasa bimbang dengan berita perceraian kenalan artis lain.

“Jangan takut abang. Selagi isteri abang gembira, insya-Allah. Semoga bahagia abang dengan isteri dan anak-anak.

“Kalau macam itu, boleh tambah romantik sikit lepas ini. Ajak pergi makan malam, belikan bunga dan coklat.

“Tidak perlu sibuk dengan kes orang. Cukup kita menjaga keluarga sendiri. Abang jangan risau,” komen netizen.

Antara artis yang menamatkan perkahwinan mereka tahun ini ialah Fattah Amin, Nur Fazura, Adira, Syamsul Yusof, Ira Kazar, Que Haidar, Datuk Fazley Yaakob, Emma Maembong, Hisyam Hamid, Bella Astillah, Aliff Aziz dan Nora Danish.

Sejak mengahwini Chempaka Emalin pada 23 Julai 1995, bekas Hero Remaja 1990/1991 itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Kasih Lela Ixora dan Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI