fbpx

Anwar tegas penyasaran subsidi petrol RON95 tidak bebankan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) hadir pada Majlis Perasmian Konvensyen Keadilan Negeri Perak di Ipoh hari ini. - FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian bahawa kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025 merupakan satu langkah tepat yang tidak memberi impak negatif kepada 85 peratus rakyat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, penyasaran subsidi petrol tersebut akan menyelamatkan 85 peratus rakyat dan tidak memberi kesan katalis kepada mereka.

“Kita selamatkan 85 peratus, mereka tidak terkesan. Ada yang bising golongan T15 gaji mereka RM12,000 dan adakah mereka mampu bayar.

“Belum diputuskan gaji T15 ini RM12,000 jika perlu mungkin pendapatan ini perlu naikkan lebih tinggi, mungkin perlu naik RM15,000 atau RM18,000 atau dikenakan pada T10 ,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak di Hotel Kinta Riverfont & Suites di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, isu yang menjadi keutamaan ialah kerajaan mewakili 85 peratus rakyat yang tidak terkesan dengan penyasaran subsidi petrol.

Media melaporkan pada Belanjawan 2025 baru-baru ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI