fbpx

Swafoto terakhir sebelum mati dipijak gajah liar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan mangsa mengambil gambar seekor gajah liar sebelum diserang. - NDTV

NEW DELHI – Seorang lelaki berusia 23 tahun maut selepas diserang seekor gajah semasa merakam swafoto bersama  haiwan liar itu di sebuah kawasan hutan dalam negeri Maharashtra, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin. 

Kejadian berlaku di Abapur, daerah Gadchiroli pada  Khamis lalu.

Polis tempatan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Srikant Ramchandra dihantar ke kawasan hutan tersebut bersama dua rakan sekerjanya untuk memasang kabel elektrik. 

“Salah seorang daripada mereka mahu melihat gajah liar. 

“Ketiga-tiga mereka sedang berseronok di dalam hutan sebelum Srikant memutuskan untuk merakam swafoto dengan gajah itu dari jauh. 

“Gajah itu bagaimanapun mengejar, menyerang dan memijak Srikant menyebabkan mangsa mengalami kecederaan kritikal,” kata polis. 

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua rakannya berjaya menyelamatkan diri. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI