fbpx

Hidup tertekan lepas suami terlantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosliza (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada wakil Pertubuhan Amal Bakti Mersing ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Batu baru-baru ini.

MERSING – Seorang suri rumah hidup dalam tekanan setiap hari apabila buntu memikirkan bagaimana mahu mencari wang bagi menampung perbelanjaan harian selepas suami yang diharapkan kini terlantar akibat ketumbuhan dalam otak.

Lebih malang apabila Rosliza Ismail, 33, tidak berapa sihat kerana menghidap penyakit kencing manis selain perlu menjaga anak bongsunya berstatus orang kelainan upaya
(OKU).

Kongsi Rosliza, suaminya, Sudin Jusoh, 55, yang sebelum ini bekerja kampung disahkan menghidap tumor sejak lebih sebulan lalu selepas kerap sakit kepala dan sawan.

“Sebelum ini suami hanya ambil pil tahan sakit dan tidak pergi ke hospital. Keadaannya bertambah teruk apabila jatuh motosikal akibat sawan hingga ingatannya makin lemah dan tidak boleh membezakan ba­nyak perkara.

“Pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah kemudian mengesahkan dia menghidap tumor tahap tiga,” katanya ketika ditemui ketika diziarah wakil Pertubuhan Amal Bakti Mersing di rumahnya di Kampung Pengkalan Batu baru-baru ini.

Menurut Rosliza, keadaan suaminya bertambah teruk apabila mata kabur dan tidak boleh bangun selain perlu minum
susu khas menggunakan tiub serta memakai lampin pakai buang.

Tambahnya, dia juga perlu menjaga anak lelaki berusia 18 tahun yang OKU yang hanya boleh mengesot.

“Susu khas berharga RM100 setin dan habis dalam tempoh empat hari. Tiga anak yang lain bantu saya menguruskan mereka sebelum ke tempat kerja,” ­katanya.

Ujar Rosliza, dia hanya mengharapkan duit anak-anak dan bantuan kerajaan untuk membeli keperluan harian.

“Duit Baitulmal RM300 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM50 yang kami dapat habis buat bayar sewa rumah RM450. Selebihnya, saya harap duit anak yang bekerja,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dan ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank anak Rosliza, Nur Fathiah Sudin di nombor akaun 151098581996.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI