fbpx

Kampung ‘diserang’ beratus-ratus ekor tikus 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tikus yang berkeliaran di sepanjang jalan dan rumah penduduk tempatan. - Kumparan News

JAKARTA – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan beratus-ratus ekor tikus muncul dan berkeliaran di sebuah kejiranan di Karawang, wilayah Jawa Barat, lapor saluran berita Kumparan News semalam. 

Rakaman kejadian menunjukkan kumpulan tikus ‘berpesta’ di atas pagar rumah penduduk tempatan.  

Beberapa jalan dipenuhi haiwan pengotor itu sehingga menyukarkan penduduk menggunakan laluan tersebut. 

Lebih teruk, tikus-tikus itu turut memasuki rumah penduduk, selain berkumpul di dalam bilik air. 

Menurut Ketua Polis Tirtajaya, AKP Hasanudin, kejadian berlaku kelmarin. 

“Jumlah tikus dijangka mencapai ratusan ekor. Haiwan ini bukan sahaja berkeliaran di tengah jalan, malah memasuki rumah penduduk tempatan,” kata Hasanudin. 

Ketua Dinas Pertanian dan Ketahanan Pangan (DPKP) Karawang, Rochman berkata, kakitangannya dikerahkan ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. 

“Meskipun jumlah tikus terlalu banyak, sawah padi berhampiran tidak rosak,” 

“Kehadiran ratusan tikus ini dipercayai berpunca daripada faktor cuaca,” tambah Rochman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI