fbpx

Bukan menolong tetapi ‘berjemaah’ kebas minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai mengambil minyak masak yang bertakung di tepi jalan. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menunjukkan beratus-ratus penduduk menadah dan mengambil minyak masak yang tumpah daripada sebuah lori tangki terbalik akibat kemalangan, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di hadapan Universiti Negeri Makassar (UNM) pada Khamis lalu. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @nursinar022 itu menunjukkan orang ramai berpusu-pusu menadah minyak yang keluar daripada tangki bocor.

Lebih mengejutkan, mereka sanggup mengambil minyak masak yang bertakung di tepi jalan. 

Ada yang meletakkan minyak masak di dalam botol, plastik, besen dan beberapa baldi yang dibawa dari rumah. 

Perbuatan itu mengundang kecaman netizen. Mereka menuduh penduduk setempat hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan nasib pemandu lori tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 993,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna laman sosial. 

“Kenapa mengambil minyak masak dari jalan? Itu sudah kotor!” marah seorang netizen. 

“Mereka tidak peduli dengan kotoran, yang penting untung!” jawab netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI