fbpx

Lelaki makan 10,000 cawan mi segera 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan Sokusekisai Oyama yang sedang memakan mi segera jenama Cup Noodles. - Oddity Central

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun menjadi sensasi internet kerana tabiatnya memakan mi segera pada setiap hari selama lebih tiga dekad, lapor saluran berita Oddity Central semalam. 

Sokusekisai Oyama, 65, sanggup melepaskan kerjaya sebagai seorang ilustrator demi mengejar perkara paling dia gemari iaitu makan mi segera dan menjadi pengkritik profesional terhadap mi cawan. 

Dia digelar ‘Raja Ramen’ selepas makan lebih 10,000 mi cawan sejak 30 tahun yang lalu. 

“Saya jatuh cinta pada mi segera semasa melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti Gunma Tokyo. 

“Saya mula mengumpul bungkusan mi segera dan koleksi saya kini berjumlah lebih 6,000 mi cawan dengan bungkusan berbeza,” kata Oyama. 

Oyama merekodkan beberapa kejayaannya termasuk memenangi Kejohanan Mi Segera TV Tokyo iaitu rancangan televisyen yang menguji pengetahuan peserta tentang mi segera pada tahun 1995. 

Kemenangan itu menjadikan Oyama sebagai seorang selebriti dan kerap muncul di kaca televisyen bagi acara yang berbeza. 

Dia turut dinobatkan sebagai TV Champion Goku Kiwami Cup Ramen Arrangement King pada 2018. 

Meskipun mi segera mempunyai reputasi buruk dalam aspek kesihatan, Oyama tetap kelihatan sihat selepas memakan hidangan itu jauh lebih banyak berbanding orang lain di seluruh dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI