fbpx

Jangan gusar kehadiran kapal tentera luar – Adly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (tiga dari kanan) melawat reruai pameran produk jualan usahawan PUVET ATM di sebuah hotel di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Kehadiran kapal-kapal tentera dari negara luar di perairan negara ini merupakan sebahagian daripada hubungan kerjasama atau bilateral antara Malaysia dan negara terbabit.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, rakyat tidak perlu gusar dengan keselamatan dan pertahanan di perairan negara kerana setiap kapal yang memasuki perairan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

“Saya rasa tak perlu gusar, ini amalan biasa dan kita dah sampaikan maklumat tersebut kepada Parlimen bahawa perkara ini adalah sebahagian daripada kerjasama bilateral kita.

“Sebenarnya kita bekerjasama dengan kementerian luar, biasanya mana-mana kapal yang nak berlabuh di Malaysia kena buat permohonan kepada kita,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) di sebuah hotel, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekerapan kemasukan kapal dari China ke perairan negara yang tular di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Ia termasuk kehadiran kapal layar latihan Angkatan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (PLAN) Po Lang yang berlabuh di Pelabuhan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) Pulau Pinang pada Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Adly berkata, pada Oktober sahaja, Malaysia menerima kunjungan dari negara-negara seperti Amerika Syarikat (USA), Itali, Jerman, Russia dan China.

Sementara itu, mengulas mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, beliau berkata, fokus pengambilan peserta pada tahun hadapan melibatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI