fbpx

[VIDEO] ‘Berjuta-juta corak baju kenapa boleh sama dengan pekerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang menunjukkan seorang wanita memakai baju sama dengan pelayan restoran.

PETALING JAYA – Tular video yang memaparkan seorang wanita memakai baju bercorak sama dengan pekerja di sebuah restoran sehingga orang ramai tidak dapat menahan ketawa melihat kejadian itu.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @adzlan_117 itu, kelihatan seorang wanita memasuki pintu restoran berkenaan dan terus tersedar bahawa pakaiannya sama dengan baju pekerja restoran lantas ditertawakan oleh orang-orang sekeliling.

Orang ramai meninggalkan pelbagai komen lucu melihat video berdurasi 16 saat itu selain turut berkongsi pengalaman serupa.

“Aku pernah pergi kenduri. Baju sama dengan budak-budak katering,” komen @nastiunothman.

“Masalahnya dalam berjuta-juta corak baju, kenapa boleh sama dengan pekerja. Tak pasal-pasal bos panggil nanti,” seloroh @ummi naim.

“Saya pernah kena macam ni. Pelanggan siap panggil saya lagi,” kongsi @fatin.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 759,900 dan menerima 23,800 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@adzlan_117Baju sama dgn pekerja 😂

♬ original sound – Lan826

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI