fbpx

Anwar rasmikan kempen RFC Madani Care for Nature

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika merasmikan Flag Off ketika merasmikan Majlis Pelancaran kempen RFC MADANI, RFC Care for Nature di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, Ipoh, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menyempurnakan perasmian
Kempen Rainforest Challenge (RFC) Madani Care for Nature yang diadakan di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, di sini.

Kempen bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar itu diadakan sempena Hari Alam Sekitar yang dianjurkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 21 Oktober lalu.

Pada majlis sama, Anwar turut menyempurnakan Majlis Pelepasan Simbolik Peserta RFC Grand Final 2024 membabitkan 30 kenderaan pacuan empat roda.

Pertandingan pada 29 November hingga 9 Disember itu akan bermula di Lenggong diikuti Sungai Siput dan Kuala Kangsar yang mana ia melibatkan kawasan hutan mencabar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI