fbpx

Pelantikan Ka Siong berdasarkan persefahaman – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID dalam sidang akhbar pada Konvensyen BN Pahang sempena sambutan Ulangtahun Jubli Emas ke-50 BN di Dewan Tun Abdul Razak di Temerloh, hari ini.

TEMERLOH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak timbul sebarang isu dalam pelantikan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai penasihat pelaburan China.

Beliau berkata, perlantikan sebagai penasihat pelaburan berkenaan dibuat berdasarkan kepada perbincangan dan persefahaman antara beliau dengan Ka Siong selain penghargaan kepada pemimpin tertinggi MCA itu yang boleh membawa pelabur dari negara China ke negara ini.

“Saya umumkan pelantikan ketika beliau mengikuti rombongan saya ke Shanghai, China bulan lepas dan saya umumkan secara rasmi di perhimpunan tahunan MCA minggu lepas.

“Ini berdasarkan latar belakang dan pengalamannya dan beliau akan melakukan tindakan susulan untuk senarai bakal-bakal pelabur untuk melabur khususnya dalam bidang industri halal,” katanya pada Konvensyen BN Pahang sempena sambutan Ulang tahun Jubli Emas ke-50 BN di Dewan Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

Baru-baru ini sebuah portal melaporkan bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker dan beberapa pemimpin MCA yang lain menyatakan pelantikan Ka Siong tidak sepadan dengan kedudukannya sebagai Presiden MCA.

Dalam pada itu mengulas mengenai kes perarakan mengibarkan bendera China di Teluk Intan, Perak yang tular dalam media sosial baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

“Kita serahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk melakukan siasatan dan kita memberikan kepercayaan sepenuhnya hasil siasatan berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI