fbpx

Pelajar maut kena langgar nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam nahas di kilometer 0.5, Jalan Bahau-Rompin, awal pagi tadi. -IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang pelajar maut manakala rakannya cedera selepas motosikal jenis Yamaha Ego yang mereka tunggangi bertembung dengan sebuah trak jenis Mitsubishi Triton di kilometer 0.5, Jalan Bahau-Rompin, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun dan rakannya dalam perjalanan dari Bahau ke Rompin.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan mangsa cedera parah pada kepala manakala rakannya patah kaki kanan.

“Pemandu wanita berusia 60 tahun dan tiga penumpang tidak cedera,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kemalangan berasingan di Kuala Pilah, seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda maut selepas kenderaannya terbabas lalu melanggar pasu bunga pembahagi jalan di kilometer tiga, Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa berusia 19 tahun dalam perjalanan dari Melang ke Seremban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI