PETALING JAYA – Tular sebuah video orang ramai berkumpul di Menara Condong, Teluk Intan, Perak sambil mengibarkan bendera Malaysia bagi menunjukkan solidariti susulan kes kibaran bendera negara China di lokasi sama, 25 Oktober lalu.
Menerusi perkongsian di TikTok @Mangga_mantulhq, kelihatan orang ramai membanjiri kawasan tersebut dengan mengibarkan Jalur Gemilang diiringi nyanyian lagu patriotik.
“Ini Teluk Intan bossku, jangan main-main dengan orang Melayu Teluk Intan. Dengan orang Teluk Intan jangan buat main ya. Ini sebagai peringatan sahaja. Jangan ingat orang Melayu tak ada. Kami sentiasa melihat.
“Jangan sesekali buat hal kat tanah Melayu,” tulis kapsyen di video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengucapkan syabas dan terima kasih di atas solidariti tersebut dalam uasaha menjaga kedaulatan Tanah Melayu.
“Terima kasih komuniti Teluk Intan yang mewakili kami seluruh warga Tanah Melayu,” tulis Eseymello
“Itu la sebabnya kita sarankan supaya orang-orang kita bersatu. Bukan sahaja politik tetapi yang lain pun sama, mesti bersatu,” komen Syayen.
“Terbaik warga Teluk Intan, ‘salute’ hangpa semua,” kata Fadzrol79. – KOSMO! ONLINE
@mangga_mantulllhq Dengan org teluk intan jangan di buat main yaa.. ni sebagai peringatan sahaja.. jangan ingat org melayu takde dekat teluk intan ni.. kami sentiasa melihat.. jangan sesekali lagi buat pasal kat tanah melayu ni.. itu jee nak pesan.. 🔥🔥🔥 Kepada org melayu.. jadi lah bangsa yg kuat dan berani.. jangan jadi penakut.. org menjual kita membeli.. org mencabar kita sahut.. sentiasa tegas demi menjaga maruah tanah air melayu kita ni.. jagalah sebaik baiknya.. #malaysiatanahairku #isapputing ♬ bunyi asal – MANGGA_MANTULLL HQ